04 September 2015

PELAKSANAAN SARINGAN 2/2015 MEMBACA/LISAN (1 HINGGA 30 SEPTEMBER 2015)

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PERINGATAN MENGENAI PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS 2.0 (MEMBACA/LISAN) LITERASI  BAHASA MALAYSIA, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI  BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2015


Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.


2.           Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum,  Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah menyerahkan CD Instrumen Saringan 2 Membaca/Lisan (Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi) Tahun 1,2 dan 3 kepada semua sekolah.


3.           Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memastikan guru-guru yang terlibat dalam Saringan tersebut mematuhi tempoh Saringan LINUS 2.0 yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan iaitu bermula 01 September hingga 30 September 2015. Justeru, tindakan-tindakan berikut perlu dilaksana dengan kadar segera, iaitu:

i.             Guru Penyelaras LINUS sekolah perlu mencetak bahan-bahan yang terdapat dalam CD yang dibekalkan iaitu Manual Am, Manual Pentadbiran dan Instrumen Saringan 2 untuk setiap mata pelajaran dan menyerahkannya kepada semua guru yang terlibat.

ii.            Guru-guru yang terlibat perlu menjalankan Saringan 2 Membaca /Lisan dengan segera agar tempoh masa pelaksanaan dapat dipatuhi.


4.           Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn Hj Mohamed Huzori b. Mohamed Salleh di talian 012 4631737 atau En Ahmad Nazamuddin b. Abi Madian di talian 013 48995411, Pegawai Fasilinus PPD Hilir Perak. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.