Thursday, May 16, 2013

TARIKH SARINGAN 1 LINUS 2.0 LITERASI BAHASA INGGERIS

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

SARINGAN LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1, 2013 DAERAH HILIR PERAK
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sehubungan dengan itu, Saringan 1 untuk Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1, 2013 bagi Daerah Hilir Perak akan dijalankan seperti ketentuan berikut:

Aktiviti
Saringan 1 Literasi Bahasa Inggeris
Saringan Membaca
13 Mei – 17 Mei 2013
Saringan Menulis
20 Mei – 24 Mei 2013
Memasukkan Data Saringan
27 Mei – 7 Jun 2013

Wednesday, May 15, 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Kami Pegawai Fasilinus PPD Hilir Perak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak khususnya Penyelaras dan Guru Linus.
 
 
SILA KLIK UNTUK LAGU: TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
 
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
 
 

Friday, May 10, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA LINUS DAERAH HILIR PERAK BIL 1/2013

Pada 7 Mei 2013 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat JK Linus Daerah  Hilir Perak bertempat di Dewan Alamanda PPD Hilir Perak. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengerusi Kelompok Sekolah -Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak seramai 8 orang. Timbalan PPD Tn Hj Mohd Sahid b. Alias telah  mempengerusikan mesyuarat ini. Turut hadir Tuan Hj Zainal Abiddin b. Osman A.M.N, A.M.P,  Pegawai Pelajaran Daerah dan semua pegawai Unit Akademik. Berbagai isu Linus telah dibincangkan dan perlu diambil tindak ikut oleh semua Pengerusi Kelompok untuk dimesyuaratkan di peringkat kelompok masing-masing.




 

Monday, May 6, 2013

VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0

PENYELARAS LINUS / SETIAUSAHA LINUS,
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK.

 Melalui Guru Besar,
SK/SJK(C)/SJK(T)
Daerah Hilir Perak.

 Tuan,
PENYELARASAN  VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
DAERAH HILIR PERAK

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.            Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Penyelaras Linus sekolah tuan untuk hadir ke penyelarasan verifikasi data Linus Saringan 1 mengikut ketetapan berikut:

Hari
Tarikh
Masa
Sekolah Terlibat
Tempat
ISNIN
13 MEI 2013
ISNIN
2.30 – 5.00 PTG.
SEKOLAH KELOMPOK           5, 6, 7 & 8
PKG HUTAN MELINTANG
SELASA
14 MEI 2013
SELASA
2.30 – 5.00 PTG
SEKOLAH KELOMPOK          1, 2, 3 & 4
DEWAN CEMPAKA,                  PPD LAMA.
               
3.            Pihak tuan dikehendaki membawa bersama pelaporan saringan dan post mortem  yang siap dibinding dan disahkan oleh Guru Besar  sebagai dokumen rasmi untuk diserahkan kepada pihak PPD.  Untuk maklumat lanjut  mengenai  pelaporan  saringan dan post mortem boleh dimuat turun di Muat Turun Linus  http://www.keepandshare.com/doc/show.php?i=2048912&cat=15

4.            Oleh itu, kehadiran tuan adalah diwajibkan untuk memastikan perbengkelan ini berjalan lancar. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Sajali  di talian 012 6536433 atau Pn Suazlina Sarbani 0125878142 . Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.

 

Thursday, May 2, 2013

POST MORTEM LINUS 2.0 FORMAT JPN

Kepada Semua Penyelaras/Guru Linus,

Ada 8 Fail Format JPN yang perlu dilengkapkan. Format yang telah lengkap hendaklah diemailkan kepada Fasilinus Kelompok masing-masing. Format bercetak bersama salinan keputusan saringan (dicetak daripada Portal NKRA) hendaklah diserahkan pada hari Verifikasi Data Linus yang akan dberitahu nanti. Cikgu sudah boleh mula melengkapkan Fail tersebut. Sila muat turun Fail tersebut di:
 
    http://www.keepandshare.com/doc/show.php?i=2048912&cat=15

Saturday, April 27, 2013

PENGISIAN DATA LINUS KE PORTAL NKRA

Kepada semua penyelaras LINUS sekolah, tarikh pengisian data adalah bermula dari 6 hingga 17 Mei 2013. Harap maklum.

PortaL NKRA LINUS  http://nkra.moe.gov.my/index.php