01 October 2015

PERINGATAN : Bengkel Pelaksanaan Saringan 2 (Bertulis) dan Pengambilan Instrumen

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak

Tuan/Puan,

BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS 2.0 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI  BM, LITERASI  BI DAN NUMERASI  BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sehubungan itu juga, mohon seorang Guru Penyelaras LINUS sekolah tuan/puan untuk hadir sesi taklimat dan mengambil  Instrumen Saringan 2 BERTULIS (Literasi Bahasa Malaysia ,Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris) Tahun 1, 2 dan 3  mengikut ketetapan berikut:

Tarikh            : 2 OKTOBER 2015 (Jumaat)
Masa              : 3.00 petang
Tempat          : Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak

3. Tempoh Saringan LINUS 2.0 (Bertulis) yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

Saringan Bertulis Literasi BM, BI dan Numerasi bermula: 5 hingga 16 OKTOBER 2015

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian, Pegawai Fasilinus Numerasi PPD Hilir Perak di talian 0134895411. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.