22 April 2015

PENANGGUHAN TARIKH VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015

Guru Besar,
SK/ SJKC/ SJKT

Tuan,

PENANGGUHAN TARIKH VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2.    Untuk makluman pihak tuan, tarikh asal Program Verifikasi LINUS 2.0 Saringan 1 2015 adalah pada 24 April 2015 (Jumaat) di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, program tersebut terpaksa  ditunda atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


3.    Sehubungan dengan itu,  program tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan yang berikut:

        Tarikh       : 28 April 2015 (Selasa)
        Masa        : 3.00 petang
        Tempat    : PKG Langkap                  (Kelompok 1 dan 2)
                          SJKC Chong Min             (Kelompok 3 dan 4)
                          PKG Hutan Melintang      (Kelompok 5 dan 6)
                          PKG Selekoh                    (Kelompok 7 dan 8)

        Peserta    : Penyelaras LINUS Sekolah masing-masing.

4.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau makluman, sila berhubung dengan En. Abdul Naseer bin Hj. Abdul Majeed di talian 019-5704567.

Kerjasama serta tindakan tuan amat dihargai .


Sekian, terima kasih.

VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015
Perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian.

2.        Dimaklumkan tarikh akhir Saringan 1 (Bertulis) LINUS 2.0 telah pun tamat pada 17 April  2014 dan tarikh pengisian data dalam portal NKRA LINUS 2.0 bermula pada : 20 April 2015.

3.    Pihak JPN Perak telah  menetapkan tarikh Verifikasi Saringan 1 Peringkat Negeri Perak pada 7 Mei 2015.

4.    Sehubungan itu, Verifikasi Saringan 1 Linus 2015 Peringkat Daerah Hilir Perak akan diadakan pada  :   
       24 APRIL 2015 (JUMAAT) Jam 3.00 petang  di lokasi-lokasi berikut:
    
4.1     Sekolah Kelompok 1 dan 2  di PKG Langkap
4.2     Sekolah Kelompok 3 dan 4 di Pusat Sumber, SJKC Chong Min
4.3     Sekolah Kelompok 5 dan 6 di PKG Hutan Melintang
4.4     Sekolah Kelompok 7 dan 8 di PKG Selekoh  
5.    Mohon seorang Penyelaras LINUS sekolah untuk hadir pada tarikh tersebut dengan membawa maklumat di bawah:

5.1    Keputusan Saringan 1 Dalam Portal NKRA (dicetak dan disahkan oleh Guru Besar
5.2    Borang Tapak Data Saringan 1 LINUS 2.0 dimuat turun di ppdhilirperak2.blogspot.com dan dilengkapkan (Hardcopy)). Semua tapak verifikasi yang telah lengkap hendaklah juga dihantar melalui e-mel sebelum atau pada 24 APRIL 2015 seperti ketetapan yang berikut :
 
Bil.    Kelompok Sekolah    Nama Pegawai                                    E-mel
1.       K1 dan K2                    Pn. Norlaila Binti Mohd                       norlaila322.nm@gmail.com 
2.       K3 dan K4                    Pn. Hasmah Binti Usman                   hasmahu@yahoo.com
3.       K5 dan K6                    En. Mohd Norhaffiz b. Noor Aini        cekguhaffiz@gmail.com
4.       K7 dan K8                    En. Navin Dave A/L Sreenivasan     mcity556@yahoo.com.my
5.3    Maklumat yang dihantar di dalam tapak verifikasi  perlu mengikut spesifikasi  di bawah;-
                a) Tulisan Arial font 11
                b) Satu murid satu baris (excel)
                c) Menggunakan huruf kecil

6.         Justeru, mohon kerjasama pihak tuan untuk mengambil tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas. Sebarang masalah dan kemusykilan sila hubungi Pegawai Fasilinus, En Ahmad Nazamudin b. Abi Madian di talian 013 4895411 atau Abdul Nasser b. Abdul Majeed 0195704675.

Sekian, terima kasih.

21 April 2015

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1/SIRI 1 2015 DAERAH HILIR PERAK

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1/SIRI 1/2015 DAERAH HILIR PERAK

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru dan Sektor Pengurusan Akademik ,Jabatan Pendidikan  Negeri Perak akan mengadakan kursus di atas seperti ketetapan berikut :

                                Tarikh   : 27 hingga 29 April 2015
                                Masa     : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
                                Tempat : SK Dato’ Yahya Subban

Kumpulan 1        - Pendaftaran & Tempat Kursus (Bilik Gerakan SK Dato Yahya  Subban
Kumpulan 2        - Pendaftaran & Tempat Kursus (Dewan SK Dato’ Yahya Subban)
Kumpulan 3        - Pendaftaran & Tempat Kursus (Makmal Komputer SK Dato’ Yahya Subban)
                             
(Sila rujuk lampiran kumpulan sekolah bersama surat kursus  yang telah diedarkan)

3.            Sehubungan itu,mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada seorang guru Bahasa Inggeris Tahun 1 dari sekolah tuan hadir ke kursus tersebut.

4.            Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Komlah a/p Perumal di talian 010-4619592. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

02 April 2015

BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 1 LINUS 2.0 (BERTULIS) 2015

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak

Tuan/Puan,


BENGKEL PELAKSANAAN SARINGAN 1 LINUS 2.0 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI  BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan itu juga, mohon seorang Guru Bahasa Inggeris Tahun 3  sekolah tuan/puan untuk hadir sesi taklimat dan mengambil Instrumen Saringan 1 Bertulis (Literasi BM, Numerasi, Literasi BI  untuk Tahun 1,2 dan 3 ) mengikut ketetapan berikut:

Tarikh   :           3 APRIL 2015 (JUMAAT)
Masa     :          3.00 petang
Tempat :          Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak, Jalan Maharajalela, Teluk Intan

3.   Tempoh Saringan 1 (Bertulis) LINUS 2.0 yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

Bermula  5 April hingga 17 April 2015

4.   Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En Mohd Norhaffiz bin Noor Aini, Pegawai Fasilinus Numerasi PPD Hilir Perak di talian 013 6260745.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.