23 November 2015
26 October 2015
01 October 2015
PERINGATAN : Bengkel Pelaksanaan Saringan 2 (Bertulis) dan Pengambilan Instrumen
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak
Tuan/Puan,
BENGKEL PELAKSANAAN
SARINGAN 2 LINUS 2.0 (BERTULIS) BAGI PROGRAM LITERASI BM, LITERASI
BI DAN NUMERASI BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan
tindakan tuan.
2. Sehubungan itu juga, mohon seorang Guru Penyelaras LINUS sekolah
tuan/puan untuk hadir sesi taklimat dan mengambil Instrumen Saringan 2
BERTULIS (Literasi Bahasa Malaysia ,Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris)
Tahun 1, 2 dan 3 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh
: 2 OKTOBER 2015 (Jumaat)
Masa
: 3.00 petang
Tempat
: Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
3. Tempoh
Saringan LINUS 2.0 (Bertulis) yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan adalah seperti berikut:
Saringan Bertulis Literasi BM, BI dan Numerasi bermula: 5 hingga 16 OKTOBER 2015
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian, Pegawai Fasilinus Numerasi PPD Hilir Perak di talian 0134895411. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
Saringan Bertulis Literasi BM, BI dan Numerasi bermula: 5 hingga 16 OKTOBER 2015
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian, Pegawai Fasilinus Numerasi PPD Hilir Perak di talian 0134895411. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
04 September 2015
PELAKSANAAN SARINGAN 2/2015 MEMBACA/LISAN (1 HINGGA 30 SEPTEMBER 2015)
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak
Tuan,
PERINGATAN MENGENAI PELAKSANAAN SARINGAN 2 LINUS 2.0 (MEMBACA/LISAN) LITERASI BAHASA MALAYSIA, LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI BAGI MURID TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3, 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah menyerahkan CD Instrumen Saringan 2 Membaca/Lisan (Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi) Tahun 1,2 dan 3 kepada semua sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memastikan guru-guru yang terlibat dalam Saringan tersebut mematuhi tempoh Saringan LINUS 2.0 yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan iaitu bermula 01 September hingga 30 September 2015. Justeru, tindakan-tindakan berikut perlu dilaksana dengan kadar segera, iaitu:
i. Guru Penyelaras LINUS sekolah perlu mencetak bahan-bahan yang terdapat dalam CD yang dibekalkan iaitu Manual Am, Manual Pentadbiran dan Instrumen Saringan 2 untuk setiap mata pelajaran dan menyerahkannya kepada semua guru yang terlibat.
ii. Guru-guru yang terlibat perlu menjalankan Saringan 2 Membaca /Lisan dengan segera agar tempoh masa pelaksanaan dapat dipatuhi.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn Hj Mohamed Huzori b. Mohamed Salleh di talian 012 4631737 atau En Ahmad Nazamuddin b. Abi Madian di talian 013 48995411, Pegawai Fasilinus PPD Hilir Perak. Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
24 August 2015
Program LINUS EXCELLENT (LINEX) Numerasi
Tarikh : 13 Ogos 2015 dan 17 Ogos 2015
Tempat : SK Hutan Melintang dan SK Seri Setia
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Program LINUS EXCELLENT (LINEX) Literasi BI
Tarikh : 12 Ogos 2015 dan 13 Ogos 2015
Tempat : SK Hutan Melintang dan SK Seri Setia
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Subscribe to:
Posts (Atom)