25 March 2015

SENARAI NAMA PEGAWAI FASILINUS TERKINI 2015

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan jawatan bagi Pegawai Fasilinus pada tahun ini. 

3. Pihak tuan diminta memanjangkan perkara tersebut kepada Penyelaras Program LINUS 2.0 sekolah tuan untuk memuat turun senarai nama Pegawai Fasilinus 2015 yang terkini di ruangan muat turun.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. 

Sekian, terima kasih.

17 March 2015

BUKU PENGOPERASIAN DAN PENGENDALIAN PROGRAM LINUS 2.0

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan perkara tersebut kepada Penyelaras Program LINUS 2.0 sekolah tuan untuk memuat turun dokumen tersebut di ruangan muat turun.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

Muat Turun : Buku Pengoperasian dan Pengendalian Program LINUS 2.0

16 March 2015

TAWARAN JAWATAN PEGAWAI FASILINUS NUMERASI

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa di Unit Pengurusan Akademik : Unit LINUS 2.0 ingin menawarkan kepada semua guru daerah Hilir Perak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai FasiLINUS Numerasi.

3. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti yang berikut :
  • mempunyai pengalaman dalam bidang Matematik Tahap 1 (Tahun 1-3).
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 dan ke atas.
  • telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • boleh bekerja dalam pasukan.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memanjangkan perkara tersebut kepada guru-guru Matematik di sekolah tuan.

5. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian di talian 05-6221970 sambungan 198 atau 013-4895411.

Sekian, terima kasih.

ERATA SARINGAN 1/2015 (LISAN/MEMBACA) NUMERASI TAHUN 3

Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian.

2. Dimaklumkan terdapat sedikit erata dalam instrumen Saringan 1/2015 (Lisan/Membaca) Numerasi Tahun 3.

3. Mohon kerjasama pihak tuan, muat turun erata-erata tersebut untuk tindakan guru berkenaan yang selanjutnya.

4. Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai FasiLINUS (Numerasi) kelompok masing-masing. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Muat Turun : Erata 1 dan Erata 2.

08 March 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS 2.0 DAERAH HILIR PERAK BIL.1/2015


Mesyuarat Jawatankuasa LINUS 2.0 Daerah Hilir Perak Bil.1/2015 telah berlangsung pada 4 Mac 2015 (Rabu) yang dipengerusikan oleh Ybrs. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman A.M.N, A.M.P (Tuan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua pengerusi kelompok, para pegawai akademik dan para pegawai FasiLINUS. Panorama sepanjang mesyuarat tersebut boleh dilihat dalam galeri foto.

04 March 2015

PELAKSANAAN SARINGAN 1/2015 (LISAN/MEMBACA)

Semua Penyelaras LINUS 2.0

Melalui, 

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Dimaklumkan bahawa CD Instrumen Saringan 1/2015 (Lisan/Membaca) telah diedarkan melalui guru besar masing-masing.

2. Sehubungan dengan itu, Saringan 1/2015 (Lisan/Membaca) hendaklah dijalankan mulai 4 Mac hingga 31 Mac 2015. Tempoh pelaksanaan ini mengambil kira cuti persekolahan yang bermula 16 Mac - 22 Mac 2015. Justeru, mohon kerjasama semua guru program LINUS 2.0 di sekolah tuan merancang masa pelaksanaan saringan tersebut.

3. Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai FasiLINUS mengikut bidang masing-masing.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian.


02 March 2015

BENGKEL PENYELARASAN KERJA LINUS 2.0 KELOMPOK HILIR PERAK 2015

Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak


Tuan,

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel Penyelarasan Kerja LINUS 2.0 Kelompok akan dijalankan mengikut ketetapan di dalam jadual yang dilampirkan. 

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta membenarkan seorang guru Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi untuk mengikuti bengkel tersebut seperti ketetapan jadual yang dilampirkan. (LAMPIRAN JADUAL DI SINI)

4. Semasa bengkel tersebut, Fail Induk LINUS Sekolah hendaklah dibawa bersama-sama.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau makluman, sila berhubung dengan En.Abdul Naseer bin Hj.Abdul Majeed di talian 019-5704567.

Kerjasama serta tindakan tuan amat dihargai .



AGIHAN CD INSTRUMEN SARINGAN 1 (LISAN/MEMBACA) TAHUN 2015

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Dimaklumkan Saringan 1 (Lisan/Membaca) Tahun 2015 yang bermula pada 1 Mac 2015 telah ditunda. 

2. Justeru, agihan CD Instrumen Saringan 1 (Lisan/Membaca) Tahun 2015 akan mula diedarkan seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh/Hari : 3 Mac 2015 / Selasa
Masa : 2: 30 petang
Tempat : Unit Pengurusan Akademik 

3. Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai FasiLINUS mengikut bidang kelompok masing-masing.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.