Wednesday, March 7, 2012

MAKLUMAT MENGENAI SARINGAN KHAS KOHORT 1 DAN 2 2012

Semua Guru Besar,
Semua Penyelaras Linus,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak,

Tuan,

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Saringan Khas bagi murid-murid Tahun 2 dan 3 yang perlu diambil perhatian:

1.  Saringan Khas perlu dijalankan untuk memastikan murid-murid Tahun 2 dan 3 menguasai 3M dan  sebagai   persediaan murid ke Tahun 3 dan  4 pada 2013.
2.  Saringan Khas merupakan verifikasi untuk murid-murid Aliran Perdana (menguasai hingga Konstruk 12-Membina ayat mudah).
3.  Jawatankuasa PEMANDU NKRA , telah mengeluarkan arahan agar murid-murid tahun 2 dan 3 dijalankan Saringan Khas.
4.  Di dalam Saringan Khas, tidak ada Konstruk 1,2, dan 4. Ada elemen membaca, menulis, mengira dan memahami. Masa 30 minit diperuntukkan, untuk melihat penguasaan dan bukan pencapaian.
5.  Saringan Khas akan melibatkan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.
6.  Guru Bahasa Melayu dan guru Matematik Tahun 3 boleh membuat 'Pre-Test' berdasarkan Instrumen Rintis Saringan Khas. Lihat Menu Muat Turun Linus dan Klik Maklumat Saringan Khas Tahun 3
7.  Pihak sekolah harus bijak merancang pelaksanaan 'Pre-Test' dan boleh dilaksanakan secara berulangan untuk tujuan Peneguhan dan Pemantapan.
8.  Perhatian: Semasa Saringan Khas sebenar dijalankan, tiada bimbingan dan bantuan boleh diberikan kepada murid kerana ia berbeza dengan Saringan Linus biasa.

Sebarang pertanyaan mengenai Saringan Khas, sila hubungi  Pegawai Kurikulum Fasilinus di talian 019-5707193.

No comments:

Post a Comment

Comments Welcome