Monday, March 14, 2011

TAKLIMAT PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS

Pada 9 Mac 2011 di Dewan Cempaka PPD Hilir Perak telah berlangsung satu taklimat khas anjuran Unit Akademik (Pemulihan Khas) yang dipengerusikan oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas, Tn Hj Omar bin Taha. Peserta adalah terdiri daripada semua Guru Pemulihan Khas sekolah rendah daerah Hilir Perak. Taklimat ini bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta tentang peranan mereka dalam program LINUS.Antara intipati taklimat tersebut adalah:
1. Guru Pemulihan Khas (GPK) sekolah rendah hanya mengajar murid pemulihan Tahap 1 sahaja.
2. Keutamaan GPK adalah kepada murid Pemulihan Tahun 3 dan LINUS Tegar Tahun 2 (yang tdak menguasai Konstruk 1 dan 2).
3. Sekiranya tiada murid LINUS tegar Tahun 2 atau murid Tahun 3 tidak melebihi 15 orang, GPK perlu mengambil murid LINUS TEGAR tahun 1(Selepas Saringan 2).
4. Walau bagaimanapun GPK digalakkan membantu guru Tahun 1 dan guru tahun 2 yang mempunyai murid LINUS untuk mengurangkan jumlah murid LINUS di sekolah masing-masing.
5. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi Tn Hj Omar Taha(0195772425) atau Fasilinus anda.

No comments:

Post a Comment

Comments Welcome