Wednesday, November 24, 2010

Tahniah En. Sajali!

Ucapan Tahniah kepada En. Sajali (Fasilinus Numerasi) yang baru mendapat cahaya mata kedua.Cahaya mata kedua beliau yang juga seorang puteri dilahirkan pada 19 November 2010 hari Jumaat jam 11.50 pagi.Semoga keluarga En. Sajali terus bahagia dan ceria.



video


Mesyuarat Post-Mortem Kursus LINUS

Semua FasiLINUS/Jurulatih Utama akan menghadiri satu mesyuarat yang akan diadakan di Hotel Seri Malaysia,Taiping pada 28 hingga 30 November 2010.
Dari kiri: Tn Hj Sapari, En Jamaludin, En Abd Karim Munok (JPN)


, En Damanhuri & En Nasser

Saturday, November 13, 2010

TIADA KURSUS UNTUK PELAKSANA LINUS TEGAR

Hampir 90% guru-guru LINUS Tahun 2, 2011 telah mengikuti Kursus LINUS Tahun 2. Tahniah kepada yang telah terlibat dan kepada yang akan mengikuti kursus tersebut, bersedialah dengan ilmu yang secukupnya. Dalam usaha memberikan pendedahan kepada guru LINUS Tahun 2 tentang Modul Guru dan Murid LINUS Tahun 2, sama ada sedar atau tidak, ada satu kumpulan yang amat penting dalam menentukan berjaya atau gagal LINUS Tahun 3, 2012 iaitu guru-guru pemulihan khas yang merupakan pelaksana utama memulihkan LINUS Tegar terpinggir dari kursus tersebut.
Kita jangan melihat perkara ini secara negatif dan menyalahkan orang itu dan orang ini. Jalan mudah dan murah yang boleh kita ambil ialah semua guru LINUS Tahun 1 dan 2 yang telah tamat kursus LINUS mestilah memberikan kursus dalaman dalam masa terdekat ini dan pastikan kecairan maklumat diminimakan. 
FasiLINUS mestilah dimaklumkan tentang tarikh kursus dalaman di sekolah masing-masing bagi memberi ruang kepada FasiLINUS memberikan bimbingan yang diperlukan. Guru Pemulihan Khas mesti didedahkan dengan penggunaan Modul Guru dan Murid Tahun 1 dan 2. Ini merupakan modul utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran LINUS dan LINUS Tegar. Bersama-samalah kita memikirkan dan melaksanakan yang terbaik.  

Friday, November 12, 2010

Tahniah!

Di kesempatan ini,semua Fasilinus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru Linus yang telah berjaya meletakkan sekolah masing-masing di Zon Cemerlang (90% hingga 100%).Bagi Literasi daerah kita telah mendapat tempat kedua peringkat negeri manakala bagi Numerasi daerah kita telah berjaya mendapat tempat yang pertama.Diharapkan semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun hadapan.

Jamuan Hari Raya Tahun 2010 di PPD Hilir Perak

Antara Fasilinus yang sempat bergambar semasa Jamuan Hari Raya Anjuran BAKEP PPD Hilir Perak.

Friday, November 5, 2010

MENGAJAR MURID MEMBACA AYAT MUDAH

 Andaikan guru memilih kemahiran KV + KVK sebagai contoh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya guru perlu ada bahan-bahan yang berikut ;
  • Komputer (desktop / laptop)
  • LCD Projector + Layar Putih
  • Kad ayat (sekurang-kurangnya ada lebih daripada 10 kad ayat) pelbagai variasi.
  • Gambar KV+KVK (sekurang-kurangnya ada 10 keping bersaiz separuh A4) pelbagai jenis.
  • Lembaran kerja 1 – menyalin semula ayat dengan tulisan yang betul dan kemas.
  • Lembaran kerja 2 – memadan ayat dengan gambar / perbuatan yang sesuai.
  • Permainan berunsur pendidikan – 3 jenis mengikut kesesuaian topik guru hendak mengajar.
TIPS MENGAJAR :
  • Tunjukkan gambar di layar putih dan rangsang minda murid mengecam gambar. – CONTOH, gambar pertama adalah gambar KATIL.
  • Rangsang minda murid untuk mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar rangsangan.
  • Guru tunjuk satu contoh ayat di layar putih.
  • CONTOH – Katil buruk itu sudah patah.
  • Tarik perhatian murid, guru eja, baca dan sebut – murid ikut.
  • Ulang aktiviti sehingga murid ingat dan faham.
  • Bincangkan maksud ayat tersebut.
  • Guru tunjukkan gambar lain beserta ayat contoh.
  • Ulang aktiviti 4 sehingga murid faham konsep membaca ayat.
  • Edarkan semua kad ayat dan biarkan murid melakukan aktiviti dalam kumpulan. Pantau rapi setiap bacaan murid.
  • Uji bacaan murid selepas 15 minit. Minta murid baca sekurang-kurangnya 2 kad ayat yang disediakan.
  • Betulkan kesalahan bacaan yang dilakukan murid sekiranya ada.
  • Edarkan lembaran kerja 1. Berikan arahan dengan jelas.
  • Pantau aktiviti murid. Bincangkan soalan. Minta murid baca soalan dan berikan jawapan.
  • Edarkan lembaran kerja 2 dan ulang aktiviti yang sama.
  • Betulkan kesalahan murid jika ada.
  • Berikan tempoh 15 minit untuk bermain.
  • Sesi penutup, guru tunjukkan lima baris ayat berbentuk teks di layar putih.
  • Rangsang murid untuk baca bersama-sama.
Jika murid dapat membaca kelima-lima baris ayat berbentuk teks berkenaan, berkmakna objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan telah tercapai.

EJA BETUL, TETAPI SALAH SEBUT

Baiklah. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai masalah pengamatan yang dialami oleh murid terutamanya dalam bidang bahasa.
Seorang guru Literasi bertanya bagaimana hendak memperbetulkan cara sebutan murid kerana kebanyakan murid sudah boleh mengeja. Murid pula mengeja betul, tetapi mereka menyebut pula salah.
Contoh 1 :
ejaan perkataan : ‘masjid’
murid eja              : ‘mas’ + ‘jid’
murid sebut         : ‘mesjid’
Contoh 2 :
ejaan perkataan : ‘loceng’
murid eja              : ‘lo’ + ‘ceng’
murid sebut         : ‘lonceng’
Dalam kes ‘Eja betul, tapi salah sebut’ ini ada beberapa faktor yang perlu diambil perhatian kerana perkara-perkara berikut :
·         Sesetengah murid masih tidak faham akan konsep mengeja yang diterapkan oleh guru.
·         Ada murid mengeja tanpa melihat bahan bantu mengajar yang diberi. Murid mengeja kerana terikut-ikut dengan sebutan rakan-rakan. Jadi, rakan silap eja dan sebut, murid berkenaan juga akan melakukan kesilapan.
·         Sesetengah murid yang lambat perkembangannya tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dengan pantas. 
     Jadi, murid akan kerap melakukan kesilapan. Jangan bimbang, guru perlu bimbing  murid ini eja dan sebut secara berulang-ulang.
·         Sesetengah murid pula hanya tahu bunyi dua abjad sahaja. Contohnya, suku kata ‘KA’. Jika guru menambah suku kata dibelakangnya seperti, ‘CANG’. Murid tetap akan mengeja suku kata kedua ini sebagai ‘CA’ tetapi dibunyikan sebagai ‘CANG’.
·         Ada murid yang yang lemah pengamatannya. Justeru, murid akan alami kesukaran untuk memindahkan cara pandang dan baca suku kata dalam satu perkataan antara suku kata pertama kepada suku kata kedua.

Thursday, November 4, 2010

GAGAL LINUS TETAPI CEMERLANG UJIAN PKSR?

Untuk makluman, saringan 3 LINUS telah pun selesai. Ramai juga yang tidak dapat menguasai beberapa soalan dalam konstruk yang diuji. Alamatnya, ramailah yang masuk ke kelas LINUS kerana untuk ke kelas PERDANA, murid perlu menguasai kesemua konstruk yang diuji.
Berbanding dengan UJIAN PKSR, majoriti murid  mendapat markah 70% hingga 96%.
Persoalannya, mengapa mereka masuk ke kelas LINUS sedangkan UJIAN BULANAN mereka ada yang mendapat markah setinggi 96%?
Kesimpulan yang kami dapati ialah,
  • Dalam saringan LINUS, ada beberapa konstruk yang akan diuji. Jika murid melakukan kesilapan semasa memberi dan menulis jawapan dalam mana-mana konstruk, murid akan dikira sebagai tidak menguasai konstruk itu.
  • Oleh yang demikian, secara automatik murid tidak akan layak ke kelas PERDANA kerana untuk ke kelas berkenaan, murid mestilah menguasai kesemua konstruk yang diuji.
  • Berbeza dengan UJIAN BULANAN, jika murid betul menjawab soalan pertama tetapi gagal menjawab soalan kedua, murid tetap mendapat markah.
  • Jika murid menjawab dengan betul 28 daripada 40 soalan, secara automatik murid akan mendapat 70 markah perseratus (70%).
  • Jika murid menjawab dengan betul 42 daripada 60 soalan, secara automatik murid akan mendapat 70 markah perseratus (70%)
  • Dalam kertas Bahasa Melayu (penulisan), ada murid LITERASI berjaya menjawab dengan betul 57 soalan daripada 60 soalan yang diuji. Kerana itu, markah murid berkenaan menjadi 95 perseratus (95%) dan mendapat A.
Saringan LINUS tidak memandang markah sebagai potensi untuk melonjakkan murid berada di kelas PERDANA atau sebaliknya kerana saringan LINUS adalah untuk memastikan murid sama ada menguasai kemahiran asas dalam setiap konstuk yang diuji atau sebaliknya.

KURSUS LINUS LITERASI TAHUN 2 2011

Kursus Literasi untuk guru-guru Tahun 2 Hilir Perak, 2011 diteruskan lagi pada 8 hingga 10 November 2010. Tempatnya di Hotel  Rosa Passadena, Cameron Highland. Fasilinus Hilir Perak yang akan bersama anda ialah Tn Hj Mohd Sapari, En Abdul Nasser,En Jamaluddin dan En Rosli (Kinta Selatan). Kepada guru-guru Literasi yang terpilih, jangan lupa bawa  'sweater' tebal. Takut sejuk nanti.........
Penghulu, En Kamal Kumar

Peserta Kursus Hilir Perak

En Karim sedang berehat

En Karim sedang memberi taklimat

Sebahagian peserta kursus

Fasilinus En Jamaludin

SELAMAT HARI JADI

Fasilinus Abd Nasser menyambut Hari Lahirnya yang ke 43 hari ini (4 November 2010). Dah tua rupanya!..tapi semangat untuk membantu guru-guru Linus tetap berkobar.

BUKU LATIHAN LINUS

Di kedai-kedai buku kini sudah ada menjual buku latihan Linus. SK Ulu Bernam telah menggunakan buku ini sebagai peneguhan di samping Modul Linus yang dibekalkan. Fasilinus telah melihat buku ini dan ia boleh digunakan sebagai latihan tambahan. Kepada guru-guru Linus yang ingin menggunakan Buku Latihan yang lain, sila dapatkan nasihat daripada Fasilinus terlebih dahulu.

SK TANJUNG BAYAN BOLEH JADI CONTOH

Fasilinus cukup kagum dengan usaha SK Tanjung Bayan untuk meningkatkan prestasi program Linus sekolah. Guru Literasi, Pn Aminah telah mencipta 'Big Book' bagi setiap Konstruk Literasi. 'Big Book' ini sangat berkesan diguna semasa P &P. Guru Besar SK Tanjung Bayan, Pn Raden juga sangat mengambil berat program ini. Satu-satunya sekolah yang kami hadir mengadakan 'Buletin Board' untuk paparan warga sekolah dan pelawat yang datang untuk mengetahui pencapaian Linus sekolah ini. Tahniah dan syabas!
Buletin LINUS
Ciptaan Pn Aminah



'Big Book' Setiap Konstruk
Info Linus Di Dalam Kelas

Susunan BBM Yang Kemas
Bahagian Dalam 'Big Book'

Murid menggunakan 'Big Book'
Pn Aminah(kiri) bersama Pn Raden