Friday, November 5, 2010

MENGAJAR MURID MEMBACA AYAT MUDAH

 Andaikan guru memilih kemahiran KV + KVK sebagai contoh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya guru perlu ada bahan-bahan yang berikut ;
  • Komputer (desktop / laptop)
  • LCD Projector + Layar Putih
  • Kad ayat (sekurang-kurangnya ada lebih daripada 10 kad ayat) pelbagai variasi.
  • Gambar KV+KVK (sekurang-kurangnya ada 10 keping bersaiz separuh A4) pelbagai jenis.
  • Lembaran kerja 1 – menyalin semula ayat dengan tulisan yang betul dan kemas.
  • Lembaran kerja 2 – memadan ayat dengan gambar / perbuatan yang sesuai.
  • Permainan berunsur pendidikan – 3 jenis mengikut kesesuaian topik guru hendak mengajar.
TIPS MENGAJAR :
  • Tunjukkan gambar di layar putih dan rangsang minda murid mengecam gambar. – CONTOH, gambar pertama adalah gambar KATIL.
  • Rangsang minda murid untuk mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar rangsangan.
  • Guru tunjuk satu contoh ayat di layar putih.
  • CONTOH – Katil buruk itu sudah patah.
  • Tarik perhatian murid, guru eja, baca dan sebut – murid ikut.
  • Ulang aktiviti sehingga murid ingat dan faham.
  • Bincangkan maksud ayat tersebut.
  • Guru tunjukkan gambar lain beserta ayat contoh.
  • Ulang aktiviti 4 sehingga murid faham konsep membaca ayat.
  • Edarkan semua kad ayat dan biarkan murid melakukan aktiviti dalam kumpulan. Pantau rapi setiap bacaan murid.
  • Uji bacaan murid selepas 15 minit. Minta murid baca sekurang-kurangnya 2 kad ayat yang disediakan.
  • Betulkan kesalahan bacaan yang dilakukan murid sekiranya ada.
  • Edarkan lembaran kerja 1. Berikan arahan dengan jelas.
  • Pantau aktiviti murid. Bincangkan soalan. Minta murid baca soalan dan berikan jawapan.
  • Edarkan lembaran kerja 2 dan ulang aktiviti yang sama.
  • Betulkan kesalahan murid jika ada.
  • Berikan tempoh 15 minit untuk bermain.
  • Sesi penutup, guru tunjukkan lima baris ayat berbentuk teks di layar putih.
  • Rangsang murid untuk baca bersama-sama.
Jika murid dapat membaca kelima-lima baris ayat berbentuk teks berkenaan, berkmakna objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan telah tercapai.

No comments:

Post a Comment

Comments Welcome